Tiada salahnya pemain ke China dan buat lebih banyak wang - Luis Enrique
Astro Arena
Januari 29, 2017 14:11 MYT
Januari 29, 2017 14:11 MYT
SAMBIL Liga Super China (CSL ) yang lumayan menimbulkan kerut dahi di Eropah, ketua jurulatih Barcelona, Luis Enrique, berkata ia adalah menakjubkan untuk pemain berpindah ke China dan membuat lebih banyak wang.
Tarikan CSL terbukti terlalu kuat akhir-akhir ini, dengan Oscar dan Carlos Tevez menyertai senarai bintang-bintang yang semakin panjang di China.
Tevez berpidah ke Shanghai Shenhua dalam perjanjian yang menjadikannya pemain yang bergaji tertinggi di dunia manakala Oscar melengkapkan perpindahan £60 juta ke Shanghai SIPG dari kelab pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea.
Pemain Barcelona, Arda Turan, turut dikatakan menarik minat kelab-kelab CSL dan sambil sesetengah orang percaya wang yang dibelanjakan adalah tidak baik untuk bola sepak, Luis Enrique sebaliknya mempersoalkan kenapa perlu ada kritikan terhadap pemain.
“Saya fikir ia adalah menakjubkan bahawa pemain-pemain boleh memutuskan untuk ke China dan membuat lebih banyak wang,” katanya.
“Dalam setiap profesion, termasuk anda sendiri – wartawan, orang bertukar kerja dan mendapat lebih banyak wang dan tiada apa-apa pun dikatakan. Malah, rakan-rakan anda mengucapkan tahniah kepada anda.
“Ia hebat, tapi bila anda seorang pemain bola sepak? Anda seorang pengkhianat, seorang yang tamakkan wang… Ia memang aneh.
“Saya fikir ia adalah menakjubkan dan saya mengalu-alukan mereka yang melakukannya tapi adalah aneh ia dipandang buruk dalam bola sepak.”