Tiada maraton Boston pada 2020
Astro Awani
Mei 29, 2020 11:00 MYT
Mei 29, 2020 11:00 MYT
Buat pertama kalinya dalam sejarah 124 tahun penganjurannya, Maraton Boston dibatalkan pada tahun ini akibat pandemik COVID-19.
Sebelum ini, maraton tersebut hanya ditunda dari 20 April ke 14 September namun terkini, penganjur memutuskan untuk membatalkannya.
Acara sukan antara yang paling tersohor dan dinanti-nantikan di Amerika Syarikat itu diadakan setiap tahun sejak 1897.
Namun, beberapa pakar menegaskan bahawa perhimpunan beramai-ramai masih mendatangkan risiko jangkitan COVID-19 ketika ini.
Penganjurnya, Boston Athletic Association serta Datuk Bandar Boston, Martin Walsh memaklumkan maraton itu tidak akan diadakan secara tradisional tahun ini.
Sebaliknya, ia mungkin akan diadakan secara maya yang melibatkan peserta berlari jarak 26.2 batu secara berasingan dan dari jarak jauh.
#Amerika Syarikat
#batal
#Boston Athletic Association
#COVID-19
#jangkitan
#Maraton Boston
#Martin Walsh
#perhimpunan
#risiko
#sukan