Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Astro Arena
Januari 23, 2025 06:10 MYT
Januari 23, 2025 06:10 MYT
GANDINGAN beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton selepas mengumumkan persaraan secara rasmi pada Khamis.
Pemenang kejuaraan dunia 2019 di Basel itu mengakhiri perjalanan di tempat sendiri susulan tewas straight set kepada pasangan muda negara, Arif Junaidi-Yap Roy King, dalam Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Istora Senayan, semalam.
Sebelum ini, pengumuman itu dibuat menerusi perkongsian di Instagram sambil menjelaskan kejohanan bertaraf super 500 itu sebagai aksi terakhir.
Johan Piala Thomas 2020 itu juga merekodkan pelbagai pencapaian menakjubkan selain pernah menjadi gandingan yang digeruni dunia.
Selaku penghormatan terakhir, peminat tempatan memberikan tepukan gemuruh atas kejayaan dan memori terbaik dicipta sepanjang karier mereka.
Terima kasih The Daddies!