KUALA LUMPUR: Bekas pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Subkhiddin Mohd Salleh berpendapat tiada keperluan untuk memperkenalkan peraturan kad biru di peringkat tertinggi sukan itu.
Beliau berkata meskipun peraturan itu pernah digunakan di pertandingan rendah khususnya peringkat bawah umur, namun penggunaan kad merah dan kuning dalam sukan bola sepak sudah memadai bagi menghukum pemain yang melakukan kesalahan.
"Saya kurang pasti dengan keberadaan kad biru sama ada ia dapat membantu menjadikan bola sepak lebih kompetitif atau sebaliknya," katanya kepada Bernama hari ini.
Jumaat lepas, media antarabangsa melaporkan Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB), badan yang bertanggungjawab ke atas undang-undang permainan mencadangkan untuk meluluskan pelaksanaan kad biru sebagai sebahagian daripada percubaan.
Menurut laporan itu, pemain akan ditunjukkan kad biru dan diperintahkan keluar padang selama 10 minit jika mereka berbeza pendapat dengan pegawai perlawanan atau melakukan kesilapan kecil.
Menurut Subkhiddin, sekiranya kad biru dikenakan, pasukan yang kehilangan seorang pemain buat sementara waktu akan memperlahankan tempo permainan dengan mengawal bola di bahagian sendiri manakala pasukan lawan akan meningkatkan serangan.
Dalam pada itu, pemerhati sukan bola sepak tanah air Datuk Richard Scully menyifatkan pengenalan kad biru dikhuatiri akan dimanipulasi mana-mana pasukan bagi mendapatkan keputusan positif dalam perlawanan.
"Saya rasa tak wajar (penggunaan kad biru) tambahan kad ini, sebab kita tak nampak purpose dan relevannya. Kalau nak kompetitif, baik kita ketatkan undang-undang sedia ada.
"Apa yang saya lihat kalau ada kad biru ini dia akan digunakan secara salah oleh pemain atau jurulatih dan ia akan bagi kelebihan kepada pasukan mereka. Jadi saya rasa lebih baik kita kekalkan dua warna kad sahaja iaitu kuning dan merah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2024
Subkhiddin berkata, penggunaan kad merah dan kuning dalam sukan bola sepak sudah memadai bagi menghukum pemain yang melakukan kesalahan. - Gambar Sinar Harian
Portal rasmi Kerajaan Melaka, Tourism Melaka akan dilengkapi 'chatbot AI'
Penggunaan teknologi AI ini bukan sahaja mempercepat komunikasi, tetapi juga memberikan sokongan lebih cekap dan berkesan.
Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan
Projek itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.
Pesawah di Melaka boleh sewa dron untuk aktiviti pertanian - Exco
Muhamad Akmal berkata, perkhidmatan dron tersebut ditawarkan pada harga berpatutan sejak Jun lalu.
Perkukuh keselamatan digital, hukuman lebih berat tangani isu kanak-kanak hilang, penderaan seksual
Lee berkata isu ini memerlukan tindakan segera memandangkan statistik mendedahkan ramai kanak-kanak hilang berisiko menjadi mangsa eksploitasi.
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
Projek FAM: Presiden FIFA taruh kepercayaan, yakin TMJ kemudi bola sepak negara
Tunku Ismail telah mengadakan pertemuan bersama Infantino bagi membincangkan mengenai penstrukturan tersebut.
FIFA luahkan 'kekesalan' berhubung kontroversi peta Crimea semasa undian
Ukraine melahirkan kemarahan apabila Kementerian Luarnya menuntut permohonan maaf secara terbuka.
FIFA lakukan kejutan akan umum pemenang anugerah terbaik pada Selasa
FIFA pada Isnin menyatakan bahawa pemenang akan diumumkan dalam satu acara khas di Doha, yang akan disiarkan secara langsung.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
UEFA, FIFA kekal haramkan Rusia sertai mana-mana pertandingan bola sepak dunia
Keputusan itu juga secara automatik menjadikan Rusia tidak akan menyertai kejohanan Piala Dunia 2026.
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.
Tidak berdisiplin, FIFA beri Indonesia hukuman
Jawatankuasa Disiplin FIFA beri amaran bersama hukuman denda kepada Indonesia susulan tindakan tidak berdisiplin semasa aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.
Harimau Malaya jatuh satu anak tangga, kini ranking ke-133 dunia
HARIMAU Malaya turun satu anak tangga dari kedudukan 132 ke-133 dunia dalam kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.