Tiada kaki dan tangan tidak halang Aishah Samad terus sertai sukan menembak

Agensi
September 5, 2014 21:01 MYT
Selepas menggunakan lengan bionik dan kaki palsu, bekas penembak kebangsaan Singapura itu merancang untuk menyertai sukan menembak di kejohanan Para Asia dan Paralimpik - EPA
Kehilangan lengan dan kaki akibat jangkitan bakteria dan gangren tidak menghentikan minat bekas pemenang pingat gangsa dalam acara menembak berpasukan pada Sukan Sea 2003, Aishah Samad.
Malah, kejadian itu membuka fasa baru dalam kehidupannya serta Aishah kini meneruskan hidup berpandukan kata-kata yang diukir oleh seniman jalanan di kaki palsunya “I want. I can & I will succeed”
Menurut lapoan EPA, Aishah terpaksa belajar semula bagaimana untuk melakukan perkara-perkara asas dalam kehidupan, seperti memberus gigi, minum menggunakan gelas dan sebagainya.
Selepas menggunakan lengan bionik dan kaki palsu, bekas penembak kebangsaan Singapura itu merancang untuk menyertai sukan menembak di kejohanan Para Asia dan Paralimpik.
Walaupun dia menunggu senapang peribadinya untuk dihantar kepadanya, yang ditaja oleh pengeluar senjata Jerman Walther, Aishah terus berusaha keras untuk membuat persediaan bagi kejohanan itu yang akan berlangsung di Incheon, Korea Selatan.
Aishah kehilangan lengan dan kaki akibat jangkitan bakteria dan gangren
KLIK GALERI FOTO KEHIDUPAN SEHARIAN AISHAH SAMAD DI SINI
#Aishah Samad #Para Asia #Paralimpik. #Sukan Sea 2003
;