Tiada isu tunduk kepada Singapura

Ian Johan Ariff
Jun 19, 2015 13:06 MYT
Sepak mula tidak boleh dilewatkan kerana peraturan stadium di Singapura.
Tiada isu tunduk kepada pasukan Singapura mengenai waktu sepak mula Liga Super di Stadium Jalan Besar Singapura pada bulan Ramadan seperti didakwa.
Sebelum ini, pemain dan peminat bola sepak tempatan membidas tindakan FAM yang kononnya tunduk kepada desakan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) untuk mengadakan sepak mula pada 8:30 malam di sana, walhal sepak mula di Malaysia bermula pada pukul 10.00 malam.
Namun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi penjelasan bahawa sepak mula tidak boleh dilewatkan kerana berdasarkan peraturan stadium Singapura, semua aktiviti perlu berakhir pada 11.00 malam.

Sepak mula tidak boleh dilewatkan lagi selepas 8.45pm kerana peraturan stadium Singapura, semua aktiviti perlu berakhir sebelum 11pm (2/2)

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 19, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penjelasan dibuat menerusi akaun rasmi FAM, @FAM_Malaysia.
Dalam pos terkini, FAM memberitahu FAS menerima permohonan untuk mengadakan sepak mula semua perlawanan Liga Super di Stadium Jalan Besar sepanjang bulan Ramadan diubah ke 9:00 malam.

TERKINI: FAS menerima permohonan FAM untuk sepak mula semua perlawanan Liga Super di Std Jalan Besar sepanjang Ramadan ini diubah ke 9.00pm

— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) June 19, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, ketua pasukan ATM, Hairuddin Omar antara pemain yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan waktu sepak mula di Liga Super di Singapura secara terbuka di akaun Facebooknya.
Orang ramai turut menyokong kenyataan Hairuddin di media sosial dan mengecam keras waktu sepak mula yang ditetapkan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin antara yang mahu FAM memberi penjelasan mengenai waktu sepak mula di Singapura dengan cepat.

: @FAM_Malaysia Elok dijawab cepat https://t.co/jfYU8IPNAr

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 19, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
ATM akan bertandang ke Stadium Jalan Besar Singapura menentang Lions XII FC pada 20 Jun.
#FAM #Hairuddin Omar #Lions Xii