Tiada Indra, tiada masalah
Astro Arena
Januari 2, 2016 16:08 MYT
Januari 2, 2016 16:08 MYT
Tujuh muka baru Felda musim 2016 mampu tampung ketiadaan beberapa pemain berpengalaman seperti Indra Putra Mahayuddin dan Shahrulnizam Mustapha.
Keputusan Felda tidak sambung kontrak Indra dan Shahrulnizam jelas amat mengejutkan tetapi pihak kejurulatihan ada perancangan tersendiri.
Kehadiran muka baru seperti Abdul Shukor Jusoh, S.Sivanesan dan Bobby Gonzales mampu tampung cabaran Felda dalam hadapi Liga Malaysia 2016.
Penolong jurulatih, Mohamad Nik, lihat kebanyakan pemain muda ini mampu suntik kesegaran kepada pasukan.
"Kita ambik pemain muda suapayak dapat menampung pemain yang kita tidak sambung kontrak, saya lihat pemain baru ini telah pun menunjukkan komitmen yang terbaik terutama dari aspek latihan," jelasnya.
Label Johor Darul Takzim (JDT), Selangor dan Terengganu sebagai pencabar utama, Mohamad Nik optimis The Fighters ada senjata buat kejutan.
Difahakamkan dua import baharu dari Brazil dan Uzbekistan yang akan tiba pada Ahad ini mampu letakkan Felda kekal dalam kelompok disegani.
"Pasukan seperti Selangor dan Terengganu memperunttukan dana yang besar dengan mengambil pemain yang berkualiti, tetapi bagi kami kerjasama antara pemain jadi keutamaan.
Harap pemain sedia ada mampu serasi dengan pemain import baru nanti," katanya.