Tiada apa yang mustahil di Kunshan - Frost

Astro Arena
Mei 10, 2016 14:29 MYT
FROST: Skuad negara memiliki himpunan pemain yang memiliki perwatakan besar.
SKUAD Piala Thomas dan Uber mencapai misi pertama sebelum aksi di Kunshan, China, dengan membentuk keserasian di samping memasang impian bahawa tiada apa yang mustahil.
Pada Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost, skuad negara memiliki himpunan pemain yang memiliki perwatakan besar seperti Datuk Lee Chong Wei dalam barisan Piala Thomas.
Tidak ketinggalan dua beregu, termasuk bekas pasangan nombor satu dunia, Koo Kiean Keat dan Tan Boon Heong.
Begitu juga dengan Skuad Uber yang ditunjangi pakar beregu campuran, Goh Liu Ying, serta ikon beregu wanita, Vivian Hoo dan Woon Khe Wei.
Mereka akan berangkat ke Kunshan bukan sebagai individu tetapi sebagai satu unit yang mengidamkan kejuaraan.
"Pasukan wanita mampu menghasilkan sesuatu. Mereka telah gigih membuat persiapan menjelang Piala Uber ini, manakala bagi skuad Piala Thomas, mereka saling mengenali dari umur 10 tahun lagi, jadi mereka mampu beraksi sebagai satu pasukan," kata Frost.
Skuad negara tidak hanya turun berbekalakan keyakinan terhadap kemampuan diri sendiri. Kajian terhadap kemampuan lawan turut menjadi panduan dalam mengatur strategi.
"Kami tidak berada dalam situasi tertekan. Saya rasakan kami mampu mempamer aksi yang cemerlang, pasukan Piala Thomas mampu kembali beraksi dalam final. Ia mampu dilakukan," tambahnya.
#badminton #BAM #Kunshan #Lee Chong Wei #morten frost #pasukan negara #Persatuan Badminton Malaysia
;