Thierry Henry tolak tawaran Bordeaux

Astro Awani
Ogos 28, 2018 05:13 MYT
Thierry Henry. Gambar fail
THIERRY Henry dilaporkan menolak tawaran untuk menjadi ketua jurulatih di kelab Bordeaux.
Portal SkySports melaporkan, bekas pemain antarabangsa Perancis itu bimbang dengan status pemilikan kelab berkenaan serta dana operasinya.
Kelab Ligue One itu kini dalam rundingan pengambilalihan oleh dana pelaburan berpangkalan di Miami, General American Capital Partners.
Bordeaux sebelum ini menggantung pengurusnya Gus Poyet susulan pertikaian mengenai penjualan penyerang Gaetan Laborde.
Kelab tersebut turut menjual bintangnya Malcom ke Barcelona dengan nilai 36 juta pound.
Tindakan itu menimbulkan kemarahan Laborde.
#bola sepak #Bordeaux #dana #Gaetan Laborde #jurulatih #pemilikan kelab #pengambilalihan #Perancis #tawaran #Thierry Henry #tolak