Thamaraj, atlet silat berbangsa India pertama negara raih juara dunia
Astro Arena
Disember 22, 2024 07:15 MYT
Disember 22, 2024 07:15 MYT
THAMARAJ Vasudevan merupakan pesilat pertama negara berbangsa India yang mencipta sejarah menjadi salah seorang juara dunia dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kemenangan Thamaraj menyaksikan dia menewaskan wakil Uzbekistan, Khudoyberdiev Diyorbek, dalam pertarungan akhir kategori bebas putera.
Menerusi kemas kini Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), skuad negara telah mengumpul sebanyak enam pingat emas, sembilan perak dan empat gangsa setakat ini.