Thailand raja futsal ASEAN
Sinar Harian
April 10, 2022 04:50 MYT
April 10, 2022 04:50 MYT
THAILAND membuktikan pasukan itu berada dalam kelas tersendiri apabila bangkit selepas ketinggalan dua gol untuk menjuarai Kejuaraan Futsal AFF 2022 menewaskan Indonesia 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-duanya terikat 2-2 dalam perlawanan akhir pada Ahad.
Aksi di Stadium Tertutup Huamark Bangkok itu, Indonesia bermula garang apabila mendahului menerusi Holypaul Septinus pada minit kelapan sebelum Ardiansyah melebarkan kedudukan di minit ke-25.
Thailand yang ketinggalan dua gol ternyata tidak terkesan asakan berganda Indonesia, sebaliknya kembali memperkemaskan permainan bagi memburu gol penyamaan.
Hasilnya Thailand bangkit menyamakan kedudukan menerusi Krit Aransanyalak dan Muhammad Osamanmusa yang seterusnya mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti yang dimenangi 5-3.
KEJUARAAN FUTSAL AFF 2022
Juara: Thailand
Naib juara: Indonesia
Ketiga: Vietnam
Pemain Terbaik:
Krisada Wongkaeo (Thailand)
Penjaring Terbanyak:
Osamanmusa (Thailand)
Penjaga Gol Terbaik: M.Albagir (Indonesia)
*Artikel asal di Sinar Harian