Terlebih sendat, Serena Williams dilarang pakai seragam 'Black Panther'?

Agensi
Ogos 25, 2018 10:51 MYT
Ia menjadi isu apabila sut hitam yang digelar -Black Panther- dilihat begitu ketat dan dianggap sebagai melampaui batas'. - Foto REUTERS
JIKA diikutkan sebelum ini sudah heboh yang mengkritik penampilan terbaharu jaguh tenis dunia Serena Williams yang lagaknya seperti seorang wirawati.
Ia menjadi isu apabila sut hitam yang digelar “Black Panther” dilihat begitu ketat dan dianggap sebagai ‘melampaui batas'.
Tetapi menurut pemain berusia 36 tahun itu dia sangat selesa mengenakan sut terbabit dan berasakan tiada salahnya dengan penampilan itu.
Serena yang baru melahirkan bayi menegaskan sut 'Black Panther' itu membantu menghalang gumpalan darah yang mengancam nyawanya selepas melahirkan anak tahun lalu daripada berulang.
Namun kenyataan terbaharu daripada Persekutuan Tenis Perancis (FFT) kali ini mungkin mengubah tanggapan Serena itu apabila beliau dilarang sama sekali mengenakan sut tersebut dio Kejohanan Grand Slam Terbuka Perancis tahun ini.
Bukan itu sahaja FFT menetapkan pakaian atau apa saja yang mengundang perhatian tidak diingini tidak dibenarkan sama sekali di Roland Garros pada musim 2019.
“Saya percaya ada kalanya kita sudah melampaui batas,” kata Presiden FFT Bernard Giudicelli.
“Sebagai contoh pakaian yang dipakai oleh Serena tahun ini tidak lagi dibenarkan. Anda perlu menghormati permainan ini dan tempat pertandingan. Setiap orang mahu menikmati perlawanan,” katanya.
Malah FFT turut meminta semua pengeluar pakaian dan pengeluar peralatan berbincang dengan badan itu terlebih dahulu sebelum mengeluarkan produk terbaharu mereka.
#anak #bayi #Black Panther #Grand Slam #pakaian #Serena Williams #tenis
;