Terlalu banyak tekanan pada Pau Marti mampu ancam legasi Kim Pan-gon

Astro Arena
Julai 21, 2024 23:00 MYT
KIM PAN-GON: "Tekanan buat Pau Marti normal. Tapi jika keterlaluan, ia mampu membunuh legasi yang saya sudah bawa ke Malaysia." - Astro Arena
BEKAS jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon, berharap agar penyokong memberikan masa buat pengendali baharu Harimau Malaya, Pau Marti, yang baru mengambil alih tugas yang ditinggalkan jurulatih berusia 55 tahun itu.
Dia berasakan sekiranya terlalu memberikan tekanan kepada bekas pembantu jurulatih Barcelona B-18 itu maka berisiko untuk legasi yang ditinggalkannya sebelum ini akan berakhir.
Faktor masa merupakan aspek penting sebelum melakar sesuatu keputusan yang positif.
Tambahan pula, kejohanan Pestabola Merdeka dan Piala ASEAN akan menjadi cabaran buat Pau Marti.

Tekanan buat Pau Marti normal. Tapi jika keterlaluan, ia mampu membunuh legasi yang saya sudah bawa ke Malaysia .. - KPG@ASTROARENA pic.twitter.com/ad9CEI8UWK

— FinaNasrom (@fnasrom) July 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kita tidak perlu beri terlalu banyak tekanan, kita perlu beri masa kepada Pau Marti, kerana terlalu banyak tekanan akan menyukarkan dia. Saya rasa dia banyak idea, dia pernah berada di Eropah dan Barcelona dan mempunyai hubungan baik dengan pemain.
"Tekanan buat Pau Marti normal. Tapi jika keterlaluan, ia mampu membunuh legasi yang saya sudah bawa ke Malaysia." katanya kepada Nadi Arena.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro
#Kim Pan-gon #Pau Marti #jurulatih #harimau Malaya #bola sepak #penyokong
;