[TERKINI] Petronas Terbuka Malaysia: Bumbung Axiata Arena bocor, aksi dihentikan ekoran air hujan

Astro Arena
Januari 7, 2025 16:46 MYT
Aksi di gelanggang dua dan tiga terjejas ekoran air hujan membasahi persekitaran, sekali gus pemain terpaksa beredar terlebih dahulu bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan. - Foto Astro ARENA
HARI pertama saingan Petronas Terbuka Malaysia diselubungi situasi di luar jangkaan apabila bumbung Axiata Arena dipercayai bocor dan terpaksa menghentikan seketika perlawanan badminton.
Aksi di gelanggang dua dan tiga terjejas ekoran air hujan membasahi persekitaran, sekali gus pemain terpaksa beredar terlebih dahulu bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan.
Menurut laporan wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, tempat duduk penyokong turut terjejas sehingga membuatkan mereka harus bergegas ke tempat lain.

Terbuka Malaysia 2025: Situasi tidak dijangka di Axiata Arena! Bumbung bocor menyebabkan perlawanan di gelanggang 2 & 3 terpaksa ditangguhkan. Para peminat diminta bersabar sementara pihak pengurusan mengatasi masalah ini. #AxiataArena #Badminton@ASTROARENA pic.twitter.com/gYEqJUshlC

— ZAKI ZAINAL (@_ZakiZainal) January 7, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Court 2 dan 3 turut terkesan menyebabkan perlawanan tergendala buat sementara waktu. Kain turut diletakkan di Court 2 kesan dari kejadian tersebut. @ASTROARENA https://t.co/wfwqiFg8TT pic.twitter.com/69HgdScs1Y

— Faizal Bazari (@faizalbazario) January 7, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Astro AWANI juga sedang memantau perkembangan di Axiata Arena dan akan memberikan yang terkini berhubung Petronas Terbuka Malaysia.
#Petronas Terbuka Malaysia #badminton #Axiata Arena #Bukit Jalil
;