Olimpik Paris 2024: Azizulhasni dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama

Astro Arena
Ogos 10, 2024 15:40 MYT
Azizulhasni dilihat memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek. - Bernama
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, dibatalkan penyertaan dalam pusingan pertama acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.
Azizulhasni dilihat memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek, sekali gus menyaksikan perlumbaan itu terpaksa dimulakan semula dan penyertaan Azizulhasni dalam pusingan itu dibatalkan.
Meskipun telah dilakukan perbincangan dengan pihak juri, keputusan penyingkiran itu difahamkan telah muktamad dan tiada repechage buat Azizulhasni, sekali gus mengakhiri perjalanannya dalam edisi kali ini.
Perkara itu disahkan wakil Astro Arena di venue perlumbaan itu, Zulhelmi Zainal Azam. - StadiumAstro

Gone, John Beasley beremosi dan sahkan Datuk Azizulhasni Awang tidak layak ke Repechages acara Keirin. @ASTROARENA pic.twitter.com/5seyqk1AP0

— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) August 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#olimpik paris #Azizulhasni Awang #keirin #penyertaan dibatal