Terjun Dunia: Jun Hoong raih emas, Negaraku berkumandang di Budapest

Astro Awani
Julai 20, 2017 08:57 MYT
Jun Hoong (kanan) anak kelahiran Perak berusia 27 tahun itu sebelum ini memenangi pingat perak di Olimpik Rio apabila berpasangan dengan Pandelela Rinong. - Foto Instagram FINA
Penerjun negara, Cheong Jun Hoong berjaya meraih pingat emas dalam acara terjun 10 meter (m) platform individu wanita di Kejohanan Akuatik Dunia (FINA) di Budapest, Hungary pada Rabu.
Anak kelahiran Perak berusia 27 tahun itu yang sebelum ini memenangi pingat perak di Olimpik Rio apabila berpasangan dengan Pandelela Rinong, mengumpul 397.50 mata bagi memastikan lagu ‘Negaraku’ berkumandang di Duna Arena Budapest.
Bekas juara dunia, Si Yajie dari China, memenangi pingat perak dengan catatan 396.00 mata, manakala rakan sepasukannya, Ren Qian, yang meraih pingat emas Sukan Olimpik 2016 di Rio, menamatkan saingan di tempat ketiga selepas mengumpul 391.95 mata, menurut laman web rasmi Fina; www.fina.org.
Sementara itu, Pandelela berada di kedudukan ke sembilan daripada 12 penerjun yang bersaing di acara akhir.
#Cheong Jun Hoong #China #FINA #Olimpik Rio #Pandelela Rinong #terjun wanita #wanita
;