Terima kasih Ultras Malaya, penyokong - Kim Pan-gon
Astro Arena
Julai 21, 2024 23:07 MYT
Julai 21, 2024 23:07 MYT
KIM Pan-gon mengulas mengenai sokongan penyokong Harimau Malaya terhadapnya dan berasakan dia tidak dapat melupakan segala kejayaan yang telah dikecapi bersama penyokong bola sepak negara.
Jurulatih berusia 55 tahun itu juga optimis Malaysia mempunyai pemain muda yang berbakat besar seperti Akhyar Rashid, Arif Aiman yang berpotensi menyerlah pada masa akan datang.
Dalam pada itu, Pan-gon juga berasa teruja dengan sokongan yang diberikan oleh Ultras Malaya yang sentiasa memberikan sokongan ketika skuad negara beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil mahupun ketika beraksi di luar negara.
"Malaysia berpotensi besar, banyak pemain bintang yang akan menyerlah seperti Akhyar Rashid, Arif Aiman dan Safuwan Mazlan. Kumpulan pemain muda ini sangat berpotensi.
"Saya bukan saja rasa disokong malah dicintai di sini, saya hargai penyokong. Saya takkan lupakan apa yang telah kita kecapi di Bukit Jalil. Ultras Malaya, pihak media, kerajaan. Semua perlu konsisten dan saya akan doakan skuad negara.
"Saya menikmati masa saya di sini, terima kasih pada semua kelab, Ultras Malaya dan semua penyokong." Katanya kepada Astro Arena.
* Artikel asal disiarkan di StadiumAstro