'Terima kasih TMJ kerana merevolusikan bola sepak Johor' - media sosial

Kohilah Sekaran
Julai 12, 2015 12:54 MYT
Para netizen hari ini telah dikejutkan dengan peletakan jawatan Tunku Ismail sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor.
Pengikut media sosial hari ini telah dikejutkan dengan berita peletakan jawatan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (Johor FA) melalui satu kenyataan media.
Pengisytiharaan yang dibuat oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Mohd Fahmy Yahya nampaknya telah mengundang pelbagai reaksi daripada para netizen.
Rata-rata pengamal media sosial melahirkan rasa kecewa mereka terhadap keputusan TMJ yang mengejutkan ini.
Seorang pengguna Twitter bernama Farah bertanya “kenapa TMJ letak jawatan? You did very well.

apa ni.. Kenapa TMJ letak jawatan?? U did very well..

— A L A A (@farahcici) July 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Manakala Klubbkiddkl pula berkata, "seluruh bangsa Johor bersedih, harap perjuangan TMJ terus ke FAM."

Seluruh bangsa Johor bersedih. Harap perjuangan TMJ terus ke FAM

— klubbkidd(@klubbkiddkl) July 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seorang lagi pengguna Twitter bernama Sir Aiyel Edham berkata, "Tapi apa pun, kita sebagai bangsa Johor, jangan gopoh, TMJ masih milik JOHOR. Kita steady!"

Tapi apa pun, kita sebagai Bangsa Johor, jangan gopoh apa apa sangat pun, TMJ masih milik JOHOR. Kita steady!

— #TeamTakPoseNakRaya (@SirAiyelEdham) July 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Erwn Zaid pula berpendapat TMJ mungkin melepaskan jawatan sebagai presiden PBNJ kerana ingin memberi tumpuan kepada pembangunan negeri Johor.

mungkin TMJ lepaskan jawatan sebagai presiden PBNJ sebab nk fokus pada pembangunan negeri Johor. cuba fikir positive

— duke of couch (@erwnzaid) July 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga diantara mereka yang mengucapkan terima kasih kepada putera Johor tersebut atas jasa baginda dalam merevolusikan pasukan bola sepak Johor.

Terima Kasih TMJ kerana merevolusikan bola sepak Johor! #Respect

— Bangyie (@ZahirJainal) July 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

TMJ letak jawatan . Apa pon terima kasih dah naikkan nama Johor . #thnksTMJ @Twt_Larkin @TV_TMJ

— Kertas Kosong (@budaxboncet) July 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

TMJ Banyak berjasa dalam industri Bolasepak Negeri Johor. Thank you TMJ for everything. You are the best. @TV_TMJ

— SuSu (@hfzdrsymx_) July 12, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, segelintir netizen turut mempersoal jika TMJ akan dilantik sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Terdahulu, Mohd Fahmy mengisythiharkan peletakan jawatan Tunku Ismail sebagai Presiden Johor FA melalui satu kenyataan rasmi Facebook.
#bola sepak #Johor #letak jawatan #media sosial #TMJ