Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ

Astro Arena
Julai 5, 2024 08:10 MYT
Melalui media sosialnya, TMJ mengucapkan 'Terima kasih SSA'. - Facebook HRH Crown Prince of Johor
PEMILIK kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengucapkan terima kasih kepada Stadium Shah Alam susulan stadium itu sudah dalam fasa dirobohkan.
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan dan akan digantikan dengan Kompleks Sukan Stadium Shah Alam yang dijangka siap pada 2026.
Melalui laman media Instagramnya, TMJ mengucapkan 'Terima kasih SSA',
Stadium yang dibina pada 1994 itu bakal berwajah baru sepenuhnya dengan nama baru iaitu Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) dengan fasiliti sukan yang lebih lengkap serta bertaraf dunia.
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim #stadium shah alam #Stadium Shah Alam dirobohkan #bola sepak
;