Terima kasih, Ong Kim Swee ...
Faris Danial Razi
Disember 5, 2019 16:02 MYT
Disember 5, 2019 16:02 MYT
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan kontrak ketua jurulatih skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee yang berakhir hujung tahun ini tidak akan disambung.
Perkara itu diumumkan sehari selepas skuad B-22 negara gagal mara ke peringkat separuh akhir.
Sebaik tewas 1-3 di tangan Kemboja, Kim Swee mengumumkan, Edisi 2019 adalah penampilan terakhirnya dalam Sukan SEA.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia terpaksa pulang awal dan seterusnya gagal mengulangi prestasi cemerlang Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur apabila beraksi di pentas final.
Dalam pada itu, ini merupakan kegagalan kedua Kim Swee dalam membawa Malaysia mara ke separuh akhir sepanjang lima edisi Sukan SEA selepas kecundang di peringkat kumpulan pada edisi 2015 di Singapura.
Kim Swee sebelum ini berjaya membawa skuad B-22 negara merangkul pingat emas pada edisi 2011 di Jakarta dan pingat perak di Kuala Lumpur pada 2017.