Terengganu akan ada litar basikal BMX bertaraf dunia

Astro Awani
Jun 14, 2015 19:19 MYT
litar berkenaan akan dibina di tapak litar sukan motor lasak pada Jun tahun lepas dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun yang sama.
Terengganu bakal mempunyai litar berbasikal sukan lasak BMX bertaraf dunia pertama yang akan dibina di Dungun Terengganu yang bernilai RM100 ribu tidak lama lagi.
Yang Dipertua Pesatuan Lumba Basikal Terengganu, Zainal Abidin Husin berkata litar yang mempunyai jarak sejauh 350 meter itu sesuai digunakan untuk penganjuran pertandingan berbasikal sukan lasak di peringkat profesional.
Menurutnya, litar berkenaan akan dibina di tapak litar sukan motor lasak pada Jun tahun lepas dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun yang sama.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis perasmian Trex BMX Dungun bersempena Kejohanan Basikal BMX Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan Presiden MSNT Abdul Rashid Jusoh.
Trek BMX Dungun merupakan trek BMX ketiga di negara ini selepas Trek BMX di Selayang, Selangor dan Melaka yang masing-masing dibina pertengahan tahun lalu dengan peruntukan kerajaan negeri kira-kira RM100,000 setiap satunya.
#berbasikal #sukan lasak #terengganu #Zainal Abidin Husin
;