Terbuka Vienna: Atasi Hurkacz, Murray mara ke pusingan kedua
Astro Arena
Oktober 26, 2021 11:16 MYT
Oktober 26, 2021 11:16 MYT
ANDY Murray mengatasi Hubert Hurkacz dalam percubaan ketiga untuk melangkah mara ke pusingan kedua Terbuka Vienna.
Selepas tewas kepada pemain ke-10 dunia, Hurkacz dalam both Cincinnati dan Metz, Murray meraih kemenangan yang mengambil masa dua jam dan 40 minit dalam pertembungan tiga set.
Hurkacz menikmati musim 2021 yang cemerlang, memenangi tiga gelaran, terpaksa akur dengan kekalahan 4-6 ,7-6 (8-6), 3-6 semalam sekaligus menjejaskan peluangnya untuk layak ke ATP Akhir.
“Pergerakan saya semakin baik dengan setiap perlawanan,” kata Murray. "Ia bagaimanapun merupakan perlawanan yang sengit. Ia adalah kemenangan yang baik dalam keadaan yang sukar."
"Banyak pergerakan saya cenderung kepada arah pukulan bola daripada pemain lawan -- selepas lama tidak beraksi -- anda mengalami kesukaran untuk membaca gaya permainan lawan.
"Kini saya dapat membaca permainan dengan lebih baik dan bertindak dengan lebih cepat berbanding sebelumnya."
Pemain kelahiran Scotland itu diundi bertemu Carlos Alcaraz, yang mengatasi Dan Evans straight set.
Murray mengatasi pemain muda dari Sepanyol itu dalam saingan TerbukaIndian Wells awal bulan ini.
Pilihan ketiga dan finalis Wimbledon 2021, Matteo Berrettini, turut ke pusingan seterusnya, menewaskan Alexei Popyrin 7-6 (7-3) 6-3.