Terbuka Thailand: Momota positif COVID-19, pasukan Jepun tarik diri
Astro Awani
Januari 4, 2021 09:04 MYT
Januari 4, 2021 09:04 MYT
PEMAIN badminton nombor satu dunia Kento Momota disahkan positif jangkitan COVID-19.
Menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Ahad, ia sekali gus mendorong semua pemain daripada pasukan Jepun untuk menarik diri daripada menyertai Kejohanan Terbuka Thailand bulan ini.
Momota, 26 tahun, ingin membuat kemunculan semula di pentas antarabangsa di Bangkok selepas berehat hampir setahun susulan terlibat dalam kemalangan kenderaan yang mengakibatkannya mengalami kecederaan parah.
Juara dunia dua kali itu diuji positif di Lapangan Terbang Narita sebelum pasukan Jepun bertolak ke Thailand.
“Persatuan Badminton Nippon (NBA) kemudian membatalkan penyertaan pemain perseorangan dan beregu daripada Yonex Terbuka Thailand yang berlangsung dari 12 hingga 17 Januari dan Toyota Terbuka Thailand dari 19 hingga 24 Januari ini,” kata BWF dalam satu kenyataan.
Ketiadaan kontinjen Jepun mempengaruhi kualiti perlawanan di kedua-dua Terbuka Thailand dengan pemain China yang menarik diri daripada kejohanan tersebut ekoran kebimbangan akan wabak COVID-19.
Perlawanan tersebut menjadi yang terakhir untuk layak ke Jelajah Dunia Akhir yang bakal berlangsung dari 27 hingga 31 Januari ini.
#Kento Momota
#COVID-19
#Thailand
#BWF
#badminton
#kemalangan
#Bangkok
#China
#Toyota
#Jepun
#Malaysia
#kes positif
#Lapangan Terbang Narita
#NBA
#Toyota Terbuka Thailand
#Yonex Terbuka Thailand
#perlawanan
#Jelajah Dunia Akhir