Terbuka Switzerland: Lee Zii Jia disingkir pemain India

Sinar Harian
Mac 22, 2024 12:30 MYT
Lee Zii Jia mengakhiri cabaran Kejuaraan Badminton Terbuka Switzerland apabila tewas kepada Srikanth Kidambi. - Gambar/ Stadium Astro
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengakhiri cabaran Kejuaraan Badminton Terbuka Switzerland apabila ditunjukkan jalan keluar dari Saint Jakobshalle, Basel pada awal pagi tadi.
Cabaran pemain nombor 10 dunia itu tersekat apabila tewas straight set kepada jagoan India, Srikanth Kidambi dalam perlawanan pusingan kedua tersebut.
Set pertama pemain kelahiran Alor Setar itu ternyata berdepan tekanan tonggak senior India berstatus nombor 27 dunia tersebut yang menyaksikan kekalahan 16-21.
Set kedua, Zii Jia cuba bangkit menyaingi Srikanth, namun beberapa kesilapan mudah selain kecederaan kaki semasa menang ke atas pemain Taiwan, Su Li Yang ternyata menjejaskan momentumnya menyaksikan ketewasan 15-21 dalam masa 36 minit.
Zii Jia mengesahkan kemaraan ke kejuaraan Super 300 itu selepas menewaskan Li Yang straight set 21-12 dalam 42 minit. - Sinar Harian
#Terbuka Switzerland #Lee Zii Jia #kekalahan #pemain India
;