Terbuka AS: Swiatek atasi Jabeur untuk raih gelaran grand slam ketiga

Astro Arena
September 11, 2022 03:00 MYT
Iga Swiatek menjulang trofi dimenangi selepas mengalahkan Ons Jabeur dalam kejohanan tenis Terbuka AS di New York, 10 Sept 2022. (Foto AP)
PADA Mac lalu, sewaktu Ash Barty mengumumkan persaraannya secara mengejut, Iga Swiatek secara tiba-tiba menjadi pemain tenis wanita nombor satu dunia pada usia 20 tahun.
Dia kemudian memenangi 37 perlawanan berturut-turut, termasuk ketika memenangi Terbuka Perancis buat kali kedua dan hari ini, dia menewaskan Ons Jabeur 6-2, 7-6 dalam final Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS), sekali gus menjulang trofi kejohanan grand slam buat kali ketiga sepanjang kariernya.
Biarpun dia kelihatan akan terbeban dengan gelaran pemain nombor satu dunia, Swiatek mengubah perkara itu untuk dijadikan satu inspirasi.
"Saya perlu kekal bertenang dan fokus terhadap sasaran saya," kata Swiatek sewaktu penyerahan trofi.
"Ini New York, ia amat meriah, ia amat gila.
"Ia benar-benar tidak masuk akal. Saya amat berbangga sehingga tidak dapat menahannya secara mental."

OMG@usopen pic.twitter.com/3JuX2rRNVO

— Iga wiątek (@iga_swiatek) September 10, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kini, Swiatek pada usia 21 tahun, telah memenangi tujuh gelaran sepanjang tahun ini untuk menjadi pemain pertama melakukannya sejak kali terakhir dilakukan Serena Williams pada 2014.
Dia juga menjadi pemain termuda memenangi gelaran tiga grand slam sejak Maria Sharapova (pada usia 20 tahun) melakukan perkara sama pada 2008.
Dengan kejayaan terbaru itu, dia menjadi pemain kesembilan dalam era terbuka meraih tiga gelaran kejohanan utama sebelum berusia 22 tahun untuk kini sebaris dengan legenda tenis lain seperti Sharapova, Justine Henin, Serena Williams, Venus Williams, Martina Hingis, Monica Seles, Stefanie Graf dan Chris Evert.

Team Swiatek @iga_swiatek | #USOpen pic.twitter.com/BRqpZANzc5

— wta (@WTA) September 10, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Iga Swiatek #tenis #Terbuka Amerika Syarika #Grand Slam