Terbuka Singapura BWF: Lee Zii Jia tarik diri sebelum perlawanan pertama bermula

Astro Arena
Mei 29, 2024 12:30 MYT
Keputusan itu dibuat atas faktor pemain kelahiran Kedah itu memerlukan rehat untuk memulihkan kecergasannya. - Gambar fail/Stadium Astro
NAIB juara Masters Malaysia, Lee Zii Jia, menarik diri saat terakhir sebelum perlawanan pertamanya menentang perseorangan pertama Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting, di Terbuka Singapura, hari ini.
Pemain perseorangan profesional negara itu bergelut dengan kekejangan otot sepanjang minggu lalu tetapi situasi itu masih tidak merencatkannya untuk melangkah ke pentas final Kejohanan Badminton Masters Malaysia -- perlawanan ke-10 diharunginya dalam tempoh dua minggu.

Lee Zii Jia has conceded a Walkover at the #SingaporeOpen2024

Official statement to follow soon. #TeamLZJ#DareToDream#UNBRKBL#ShuttleHard pic.twitter.com/ZDrzDqP3dO

— Team LZJ (@TeamLZJ) May 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keputusan itu dibuat atas faktor pemain kelahiran Kedah itu memerlukan rehat untuk memulihkan kecergasannya sebelum temasya berprestij, Sukan Olimpik Paris, Julai ini.

Official Statement on Lee Zii Jias walkover at the #SingaporeOpen2024 #TeamLZJ#DareToDream#UNBRKBL#ShuttleHard pic.twitter.com/b8qMETc2Bq

— Team LZJ (@TeamLZJ) May 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#Lee Zii Jia #badminton #Terbuka Singapura #tarik diri
;