Terbuka Rotterdam: Pemain kurang ternama singkir Shapovalov
Astro Arena
Februari 9, 2022 07:44 MYT
Februari 9, 2022 07:44 MYT
JUARA bertahan Terbuka Rotterdam, Andrey Rublev, dan pemain nombor empat dunia, Stefanos Tsitsipas, pada Rabu melepasi ujian pembukaan mereka tetapi Denis Shapovalov tidak akan berada dalam pusingan kedua.
Rublev menewaskan Henri Laaksonen 6-4 6-sementara pilihan utama, Tsitsipas, perlu mengerahkan keringat sebelum mengetepikan Alejandro Davidovich Fokina 7-5, 6-7 (1-7), 6-4 selepas 2 jam 39 minit di gelanggang.
Selepas kemenangannya itu, Tsitsipas menghamburkan pujian kepada lawannya itu dengan berkata: "Ia adalah pertarungan yang hebat; dia menjelmakan permainan terbaiknya.
"Dia sangat bersemangat hari ini dan memberikan yang terbaik dalam setiap pukulan. Dia membuat pukulan deras ke belakang garisan. Dia salah seorang pemain muda terbaik yang pernah saya hadapi."
Bagaimanapun, pemain nombor 12 dunia, Shapovalov, tidak bernasib baik apabila tewas mengejut kepada pemain kelayakan daripada Republik Czech, Jiri Lehecka, 4-6, 4-6.