Terbuka Perancis: Swiatek kini sebaris Court, Evert, Seles di Roland Garros

Astro Arena
Mei 29, 2022 13:13 MYT
Iga Swiatek meraikan kejayaan menewaskan Danka Kovinic pada kejohanan tenis Terbuka Perancis di Roland Garros, Paris, 28 Mei 2022. (Foto AP)
PEMAIN nombor satu dunia, Iga Swiatek, meletakkan dirinya sebaris dengan legenda tenis wanita selepas memenangi perlawanannya yang ke-17 di Roland Garros.
Swiatek merupakan pemain pilihan untuk menjuarai Kejohanan Tenis Terbuka Perancis tahun ini dan pemain pilihan utama itu terus mempamerkan dominasinya.
Dia menewaskan Danka Kovinic 6-3, 7-5 malam tadi untuk ke pusingan keempat sambil merekodkan kemenangan dalam 31 perlawanan berturut-turut -- hanya tiga pemain pernah mempunyai rekod lebih baik, iaitu Justine Henin (32 perlawanan), Serena Williams (34) dan Venus Williams (35) sepanjang abad ini.
Swiatek memenangi gelaran grand slam tunggalnya di Roland Garros pada 2020 dan berdasarkan 19 perlawanan yang dilaluinya dalam Terbuka Perancis setakat ini, pemain berusia 20 tahun itu telah memenangi 17 daripadanya.
Kejayaan itu meletakkannya sebaris dengan Margaret Court, Chris Evert dan Monica Seles selepas 19 perlawanan di Roland Garros dalam Era Terbuka.
Evert, Seles dan juara grand slam 24 kali, Court, mempunyai rekod lebih baik dengan 18 kemenangan daripada jumlah berkenaan.
Sebagai rekod, Swiatek tewas kepada Maria Sakkari dalam suku akhir di Paris tahun lalu.

17 - Iga #Swiatek is the fourth female player in the Open Era to win 17 of her first 19 matches at the Roland Garros after Margaret Court, Chris Evert and Monica Seles. Wonderwoman.@WTA @WTA_insider #RolandGarros2022 pic.twitter.com/P5aAzY4SE0

— OptaAce (@OptaAce) May 28, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Iga Swiatek #tenis #Terbuka Perancis #Grand Slam
;