Terbuka Perancis: Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir

Bernama
Oktober 28, 2022 04:30 MYT
Pearly Tan-M Thinaah (gambar) dijadual bertemu pasangan Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee dalam satu lagi perlawanan bagi menempah slot ke perlawanan akhir. - Facebook Badminton Association of Malaysia - BAM
KUALA LUMPUR: Beregu badminton wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah menjadi satu-satunya wakil negara yang berjaya mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Perancis 2022.
Pada perlawanan suku akhir yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertin, Paris pada Jumaat menyaksikan pasangan di kedudukan ke-11 dunia itu mencipta sensasi apabila menundukkan pasangan di kedudukan ketiga dunia dari Jepun Nami Matsuyama-Chiharu Shida 15-21, 21-14,21-14.
Gandingan berkenaan dijadual bertemu pasangan Korea Selatan Baek Ha Na-Lee So Hee yang telah menumpaskan pasangan China Chen Qi Chen-Jia Yi Fan dalam satu lagi perlawanan bagi menempah slot ke perlawanan akhir.
Sementara itu, satu lagi pasangan beregu campuran negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi gagal melangkah ke pusingan seterusnya apabila tewas kepada pasangan lebih rendah kedudukannya dari Korea Selatan Choi Sol Gyu-Kim Won Ho.
Pasangan di kedudukan ke-11 dunia itu menewaskan Yew Sin yang merupakan pilihan kelapan kejohanan dan pasangannya Ee Yi 21-18,21-18 dalam perlawanan yang berlangsung selama 43 minit petang tadi.
-- BERNAMA
#M Thinaah #Pearly Tan #badminton #Terbuka Perancis
;