Terbuka Perancis: Novak Djokovic bergelar juara, pecah rekod 23 gelaran grand slam

Astro Arena
Jun 12, 2023 09:40 MYT
Djokovic mengucup trofi yang dimenangi selepas menewaskan Casper Ruud dari Norway dalam Terbuka Perancis di Stadium Roland Garros, Paris, 11 Jun 2023. (Foto AP)
NOVAK Djokovic mencipta sejarah tersendiri dalam tenis lelaki apabila menewaskan Casper Ruud untuk menjulang gelaran grand slamnya yang ke-32 dalam final Kejohanan Tenis Terbuka Perancis lewat malam tadi.
Sejak memenangi grand slam pertamanya dalam Terbuka Australia pada 2008, Djokovic mengejar Roger Federer dan Rafael Nadal untuk berada dalam buku sejarah tenis dunia dan dia kini mengatasi rekod yang sebelum ini dikongsinya bersama Nadal.
Djokovic menewaskan Ruud 7-6, 6-3, 7-5 untuk kini menyamai rekod grand slam milik Serena Williams dan dia berpeluang untuk menyamai rekod terbanyak sepanjang zaman dalam acara perseorangan milik Margaret Court menjelang Kejohanan Wimbledon bulan depan.
Pemain Serbia itu juga menjadi perseorangan lelaki pertama memenangi sekurang-kurangnya tiga daripada kesemua kejohanan utama, sekali gus menunjukkan betapa dia bukan hanya hebat di sesetengah gelanggang.

HISTORY MADE @DjokerNole is the first man to reach 23 Grand Slam titles @RolandGarros | #RolandGarros pic.twitter.com/SJh0sey7Hg

— ATP Tour (@atptour) June 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Many congrats on this amazing achievement @DjokerNole 23 is a number that just a few years back was imposible to think about, and you made it! Enjoy it with your family and team!

— Rafa Nadal (@RafaelNadal) June 11, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#tenis #Terbuka Perancis #Novak Djokovic
;