Terbuka Perancis: Nadal tewaskan Ruud untuk rangkul kejuaraan ke-14
Bernama
Jun 6, 2022 10:44 MYT
Jun 6, 2022 10:44 MYT
PARIS: Pemain tenis sensasi Rafael Nadal merangkul kejuaraan Terbuka Perancis ke-14nya dengan penuh gaya apabila menundukkan Casper Ruud dari Norway menerusi tiga set 6-3, 6-3, 6-0 di pentas akhir di sini pada Ahad.
"Saya tidak dapat jangka apa yang bakal berlaku pada masa depan, tetapi saya akan terus berjuang untuk meneruskannya," kata Nadal selepas perlawanan, lapor Xinhua.
Pilihan kelapan Ruud, yang pernah belajar di sekolah tenis yang sama dengan Nadal cuba bangkit pada set kedua, untuk mendahului 3-1.
Namun kehebatan Nadal yang akan menyambut ulang tahun ke-36 Jumaat ini membuktikan beliau adalah raja gelanggang tanah liat.
Kemenangan itu juga membantu pemain Sepanyol itu memperbaiki rekod di Roland Garros kepada 112 kemenangan dan hanya tiga kekalahan.
Trofi ke-14 di gelanggang tanah liat itu adalah gelaran Grand Slam ke-22 Nadal.
-- BERNAMA