KUALA LUMPUR: Pemain beregu wanita utama negara, M. Thinaah menyifatkan kemenangan di kejohanan Terbuka Perancis 2022 di Paris pada Ahad lepas, sebagai cukup bermakna selepas mengharungi pelbagai cabaran termasuk kecederaan dialami pasangannya, Pearly Tan baru-baru ini.
Pemenang emas Sukan Komanwel 2022 itu menerusi perkongsian di Instagramnya hari ini, turut berterima kasih kepada kakitangan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), keluarga dan seluruh peminat badminton atas sokongan kepada mereka.
"Tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaan saya dan betapa bermaknanya (kemenangan) ini kepada kami terutama selepas apa yang diharungi pasangan saya @_pearlytan bulan lepas. Kemenangan ini bukan untuk kami semata-mata, tetapi untuk anda semua yang sentiasa percaya kepada kami," kata Thinaah.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pearly kerana telah memberi yang terbaik dan sentiasa bersamanya sepanjang perjalanan mereka.
Sementara itu, Pearly gembira dapat kembali beraksi dan bermain badminton selepas mengalami kecederaan hamstring pada Terbuka Jepun bulan lepas.
"Sekarang baru saya faham kadangkala selepas kehilangan sesuatu, sebenarnya sesuatu yang lebih berharga menunggu kita," kata Pearly.
Kecederaan dialami Pearly menyaksikan dia terpaksa mengakhiri perjuangannya bersama Thinaah ketika mereka berdepan dengan pasangan Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee Yu Lim dalam pusingan kedua kejohanan Terbuka Jepun 2022 yang berlangsung di Maruzen Intec Arena, Osaka.
Dalam perlawanan akhir Terbuka Perancis, pasangan bukan pilihan itu mengejutkan pilihan keempat yang juga juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun 21-19, 18-21, 21-15, sekali gus menjadi beregu wanita Malaysia pertama memenangi gelaran itu.
Untuk rekod, beregu wanita negara paling hampir merangkul kejuaraan Terbuka Perancis ialah pada 2008 apabila Wong Pei Tty-Chin Eei Hui muncul sebagai naib juara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 31 2022
![Terbuka Perancis: Kemenangan bermakna selepas kecederaan Pearly - Thinaah Terbuka Perancis: Kemenangan bermakna selepas kecederaan Pearly - Thinaah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41667225766_PearlyThinaahjuar.jpg)
Thinaah turut berterima kasih kepada kakitangan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), keluarga dan seluruh peminat badminton atas sokongan kepada mereka. - Gambar/ Stadium Astro
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Aaron-Wooi Yik terkandas di suku akhir Terbuka Perancis Aaron-Wooi Yik terkandas di suku akhir Terbuka Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705790789_TBbadminton.jpg)
Aaron-Wooi Yik terkandas di suku akhir Terbuka Perancis
Wakil tunggal negara di Terbuka Perancis Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya ditunjukkan jalan keluar apabila tewas pada saingan suku akhir di Arena Porte de la Chapelle di Paris hari ini.
![Aaron-Soh Wooi teruskan kemaraan Malaysia di Paris Aaron-Soh Wooi teruskan kemaraan Malaysia di Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709861274_TBbadmintonjpg.jpg)
Aaron-Soh Wooi teruskan kemaraan Malaysia di Paris
Aaron-Wooi Yik lulus ujian kedua selepas mengatasi gandingan nombor 25 dari Taiwan, Lee Fang-chih-Lee Fang-jen dalam masa 39 minit.
![Terbuka Perancis: Zii Jia, Pearly-Thinaah tumbang awal di Paris Terbuka Perancis: Zii Jia, Pearly-Thinaah tumbang awal di Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709778454_TBziijiajpg.jpg)
Terbuka Perancis: Zii Jia, Pearly-Thinaah tumbang awal di Paris
Lee Zii Jia ditunjukkan jalan pulang seawal pusingan pertama oleh pemain Denmark, Magnus Johannesen, dalam masa 41 minit.
![Biasiswa OUM bakar semangat Thinaah di Terbuka Perancis Biasiswa OUM bakar semangat Thinaah di Terbuka Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51709159795_biasiswaOUMThina.jpg)
Biasiswa OUM bakar semangat Thinaah di Terbuka Perancis
Thinaah mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua - TESL) di OUM sejak Mei 2020.
![Terbuka Perancis: Tze Yong tewas kepada Shi Feng dalam saingan separuh akhir Terbuka Perancis: Tze Yong tewas kepada Shi Feng dalam saingan separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698550869_NgTzeYong.jpg)
Terbuka Perancis: Tze Yong tewas kepada Shi Feng dalam saingan separuh akhir
Pemain bukan pilihan Tze Yong kalah kepada pemain pilihan kelapan Shi Feng dengan 17-21, 12-21.
![Terbuka Perancis: Novak Djokovic bergelar juara, pecah rekod 23 gelaran grand slam Terbuka Perancis: Novak Djokovic bergelar juara, pecah rekod 23 gelaran grand slam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686534014_TBTennis.jpg)
Terbuka Perancis: Novak Djokovic bergelar juara, pecah rekod 23 gelaran grand slam
Djokovic kini mengatasi rekod yang sebelum ini dikongsinya bersama Rafael Nadal.
![Tenis Terbuka Perancis: Gelaran hatrik kobar keyakinan Iga Swiatek Tenis Terbuka Perancis: Gelaran hatrik kobar keyakinan Iga Swiatek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686459847_IgaSwiatek.jpg)
Tenis Terbuka Perancis: Gelaran hatrik kobar keyakinan Iga Swiatek
Pemain kelahiran Poland itu mengukuhkan statusnya sebagai pemain wanita terbaik di dunia terutama di atas gelanggang tanah liat.
![Terbuka Perancis: Gemuruh punca Carlos Alcaraz ditundukkan Novak Djokovic Terbuka Perancis: Gemuruh punca Carlos Alcaraz ditundukkan Novak Djokovic](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686358896_CarlosAlcaraz.jpg)
Terbuka Perancis: Gemuruh punca Carlos Alcaraz ditundukkan Novak Djokovic
Carlos Alcaraz mengakui masalah ketegangan yang dialaminya menjadi batu penghalangannya untuk melepasi rintangan Novak Djokovic.
![Terbuka Perancis: Gauff tekad balas dendam bertemu Swiatek Terbuka Perancis: Gauff tekad balas dendam bertemu Swiatek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686013801_CocoGauff.jpg)
Terbuka Perancis: Gauff tekad balas dendam bertemu Swiatek
Coco Gauff sedang berusaha untuk membalas dendam terhadap Iga Swiatek apabila mereka bertembung di suku akhir Terbuka Perancis.
![Terbuka Perancis: Novak Djokovic mara ke suku akhir buat kali ke-17 Terbuka Perancis: Novak Djokovic mara ke suku akhir buat kali ke-17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51685933428_TBNovakDjokovic.jpg)
Terbuka Perancis: Novak Djokovic mara ke suku akhir buat kali ke-17
Novak Djokovic melepasi rekod sepanjang zaman Rafael Nadal dengan mara ke suku akhir Terbuka Perancis buat kali ke-17.