Terbuka Perancis: Kecederaan paksa Zverev tarik diri, Nadal mara ke final

Agensi
Jun 3, 2022 01:02 MYT
Rafael Nadal mara ke final Terbuka Perancis buat kali ke-14 pada Jumaat selepas pilihan ketiga Alexander Zverev terpaksa tarik diri akibat kecederaan buku lali. - Foto AP
RAFAEL Nadal mara ke final Terbuka Perancis buat kali ke-14 pada Jumaat selepas pilihan ketiga Alexander Zverev terpaksa tarik diri akibat kecederaan buku lali ketika didahului pemain Sepanyol itu 7-6(8), 6-6.
Dalam pertandingan yang berlangsung lebih tiga jam sebelum berakhir secara mengejut, Zverev terlepas empat mata set semasa tiebreak set pertama.
Pemain Jerman itu menjerit kesakitan selepas terseliuh buku lali kanannya pada mata terakhir permainan ke-12 set kedua.
Kecederaan itu memberi laluan kepada Nadal, selaku juara Roland Garros 13 kali untuk terus ke final.
Nadal, yang genap 36 tahun pada Jumaat dan sedang memburu kejuaraan Grand Slam ke-22 lelaki, akan bertemu sama ada pemain Croatia, Marin Cilic atau Casper Ruud dari Norway pada Ahad ini.
#Terbuka Perancis #Rafael Nadal #Grand Slam #tenis #Alexander Zverev
;