Terbuka Perancis: Djokovic hadiahkan raket kejuaraan kepada 'jurulatih' cilik

Syafik Shukri Jalil
Jun 14, 2021 17:23 MYT
Pemberian ini sebagai tanda terima kasih atas sokongan dan motivasi yang diberikan tanpa henti sepanjang saya beraksi di gelanggang final ini. - Sumber foto: Twitter/@rolandgarros
KUALA LUMPUR: Sejurus mencipta kemenangan kedua di gelanggang Terbuka Perancis 2021, Novak Djokovic menghadiahkan raket kejuaraannya kepada seorang peminat cilik di Court Philippe Chatrier, Paris pada Ahad.
Menerusi sidang media rasmi selepas detik kemenangan itu, Djokovic menyifatkan pemberian tersebut sebagai tanda terima kasih atas sokongan dan dorongan tanpa henti diberikan peminat cilik itu.
“Secara peribadinya, saya tidak mengenali kanak-kanak lelaki itu namun dia secara konsisten memberikan semangat dan dorongan kepada saya terutama di saat saya ketinggalan dua set di belakang Tsitsipas.
“Dia juga memberikan taktik yang banyak membantu saya untuk terus konsisten dan mencatat kemenangan ini.
“Saya merasakan detik tersebut sebagai sesuatu yang menarik jadi saya merasakan keputusan memberikan raket ini kepadanya sebagai pilihan yang tepat juga sebagai tanda menghargai sokongan yang diberikan,” katanya.

A gift to a great supporter #RolandGarros | @DjokerNole pic.twitter.com/F04a5UDNQr

— Roland-Garros (@rolandgarros) June 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi aksi yang berlangsung selama 4 jam 11 minit itu, jaguh Serbia yang juga pemain nombor satu dunia itu berjaya menundukkan bintang muda dari Greece, Stefanos Tsitsipas dengan 6-7 (8-6), 2-6, 6-3, 6-2, 6-4.
Kemenangan itu juga meletakkan Djokovic kini hanya ketinggalan satu trofi di belakang Roger Federer dan Rafael Nadal yang setakat ini sudah merangkul 20 kejuaraan dalam siri Grand Slam.
BACA: Terbuka Perancis: Djokovic bangkit cipta sejarah dengan gelaran kedua
Nadal yang juga King of Clay sebelum ini disebut-sebut bakal meraih trofi Grand Slam ke-21 miliknya di kejohanan ini bagaimanapun tewas di tangan Djokovic di pusingan separuh akhir.
Federer pula mengambil keputusan untuk tarik diri sebelum beraksi di pusingan keempat kejohanan atas faktor tidak ingin merisikokan bahagian lututnya yang sebelum ini tercedera.
#Roland Garros 2021 #Novak Djokovic #Stefanos Tsitsipas #Serbia #Greece #Grand Slam #Roger Federer #Rafael Nadal #King of Clay
;