Terbuka Miami: Halep tarik diri kerana cedera
Astro Arena
Mac 28, 2021 09:17 MYT
Mac 28, 2021 09:17 MYT
SIMONA Halep menarik diri daripada Kejohanan Tenis Terbuka Miami kerana kecederaan bahu.
Halep menewaskan Carolina Garcia dalam perlawanan pusingan kedua di Florida, Khamis lalu tetapi pemain nombor tiga dunia itu mengalami kecederaan di bahu kanannya dan tidak dapat berdepan Anastasija Sevastova.
Juara grand slam dua kali itu berkata: "Saya memohon maaf kerana terpaksa menarik diri daripada acara perseorangan dan beregu dalam Terbuka Miami tetapi kecederaan saya tidak membenarkan saya bermain seperti yang diharapkan.
"Saya sedih kerana tidak dapat meneruskannya, saya mahu datang ke sini untuk memberikan yang terbaik dan bermain dalam sebanyak perlawanan yang mungkin tetapi malangnya, saya tidak dapat melakukannya.
"Harap-harap saya akan kembali ke sini tahun depan dengan lebih sihat dan lebih baik," katanya.
#Simona Halep
#tarik diri
#tenis
#terbuka miami
#kecederaan bahu
#cedera
#Carolina Garcia
#Anastasija Sevastova
#Grand Slam