Terbuka Malaysia: Lee Zii Jia berlatih di gelanggang bola tampar pantai?

Astro Arena
Januari 7, 2024 11:40 MYT
Lee Zii Jia mendedahkan, dia menjalani latihan kecergasan di gelanggang bola tampar pantai sepanjang minggu lalu sebagai persiapan untuk menghadapi Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Arena Axiata bermula Selasa ini.
PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mendedahkan, dia menjalani latihan kecergasan di gelanggang bola tampar pantai sepanjang minggu lalu sebagai persiapan untuk menghadapi Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Arena Axiata bermula Selasa ini.
Berdasarkan kiriman terbaru wartawan Astro Arena, Faizal Bazar dalam aplikasi X, Zii Jia berkata, dia yakin latihan itu dapat membantunya untuk mempamerkan prestasi lebih baik dalam kejohanan berkenaan.
Sebagai rekod, Zii Jia akan bertemu perseorangan China, Lu Guang Zu, dalam aksi pusingan pertama Terbuka Malaysia.
Ikuti laporan lanjut dalam Nadi Weekend pada jam 7.30 malam ini. - Stadium Astro

Zii Jia anggap latihan di gelanggang bola tampar pantai minggu lalu bakal membantu dirinya untuk beraksi dengan lebih baik pada PMO 2024.@ASTROARENA pic.twitter.com/66REjtGYjx

— Faizal Bazari (@faizalbazario) January 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #Lee Zii Jia #Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia #gelanggang bola tampar pantai
;