Terbuka Madrid: Halep disingkir Mertens dalam aksi epik

Astro Arena
Mei 5, 2021 11:23 MYT
Aksi Simona Halep ketika bermain menentang Elise Mertens pada Kejohanan Tenis Terbuka Madrid di Madrid, Sepanyol, 4 Mei, 2021. (Foto AP)
ELISE Mertens bangkit sebanyak dua kali untuk mengatasi Simona Halep bagi mencongak perhitungan dengan bekas beregu gandingannya, Aryna Sabalenka, dalam suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Madrid.
Pemain pilihan ketiga, Halep, merupakan pemain dengan ranking tertinggi yang turun beraksi malam tadi tetapi gagal menyekat kemaraan Mertens walaupun memenangi set pertama dan mendahului mata pertama dalam setiap set berikutnya.
Mertens meraih kemenangan 4-6, 7-5, 7-5 dalam masa dua jam dan 34 minit, menewaskan Halep buat kali pertama di gelanggang tanah liat dan hanya buat kali kedua di kesemua gelanggang.
Terdapat peluang untuk kedua-dua pemain memecah kebuntuan dan Halep terlebih dahulu menyerlah biarpun terlepas mata break dalam set pertama sebelum bangkit memenangi set berkenaan.
Pemain Romania itu, juara dua kali selain tewas dua kali lagi dalam empat final di Madrid, menyamakan kedudukan sebanyak dua kali dalam set kedua tetapi tidak dapat memperoleh mata pendahuluan.
Mertens kemudian bangkit untuk memenangi set kedua sebelum mengekalkan ketenangannya dalam set penentuan untuk menyingkirkan Halep.
"Dia bermain dengan amat baik dan dia sememangnya layak untuk menang kerana dia beraksi kukuh sehingga penghujung permainan.
"Saya tidak boleh katakan yang saya bermain buruk tetapi saya melakukan beberapa kesilapan.
"Kadangkala, hanya disebabkan sedikit kesilapan dan kemenangan boleh terlepas," kata Halep.

Good day on clay quarterfinal #MutuaMadridOpen pic.twitter.com/bUNbuBErrg

— Elise Mertens (@elise_mertens) May 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Elise Mertens #Simona Halep #Aryna Sabalenka #tenis #Terbuka Madrid
;