Terbuka Madrid: Atasi Nadal, Alcaraz bertemu Djokovic di separuh akhir
Astro Arena
Mei 7, 2022 11:30 MYT
Mei 7, 2022 11:30 MYT
CARLOS Alcaraz menahan kecederaan dan berjaya mengatasi Rafael Nadal untuk meraih slot separuh akhir bertemu Novak Djokovic di Terbuka Madrid.
Pemain berusia 19 tahun itu telah tewas dalam dua pertemuannya sebelum ini dengan Nadal, tetapi dia berjaya melakar kemenangan 6-2 ,1-6, 6-3 pada perlawanan semalam di ibu negara Sepanyol itu.
Ia menjadikan dia remaja pertama yang menewaskan pemenang grand slam 21 kali di tanah liat dalam Jelajah ATP.
Alcaraz kini telah memenangi lima perlawanan terakhirnya menentang lawan di ranking 10 teratas dan seterusnya akan menentang pemain nombor satu dunia Djokovic, yang menewaskan Hubert Hurkacz 6-3, 6-4, bagi merebut slot ke final.