Terbuka Jerman: Yamaguchi sekat impian Jin Wei ke final
Astro Arena
Mac 2, 2019 06:26 MYT
Mac 2, 2019 06:26 MYT
GOH JIN WEI harus berusaha lebih gigih lagi selepas pemain perseorangan wanita negara itu ditunjukkan jalan keluar oleh pilihan kedua dari Jepun, Akane Yamaguchi, dalam Kejohanan Badminton Terbuka Jerman 2019, pada Sabtu.
Pertemuan kedua buat dua seteru itu pada tahun ini menyaksikan Yamaguchi merakamkan kemenangan dalam tempoh 33 minit.
Jin Wei membuka aksi itu dengan memberi tekanan kepada Yamaguchi sejak awal pertarungan sebelum rentaknya mulai longlai pada mata ke-12.
Yamaguchi mengekalkan tahap permainan untuk kemenangan 21-14 tetapi aksi lebih kemas ditonjolkan pemain kelima dunia itu memutlakkan kemenangannya 21-11 untuk ke perlawanan akhir.
Sementara itu, beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, turut disingkirkan oleh wakil Jepun, Hiroyki Endo-Yuta Watanabe, 21-10, 21-12.