Terbuka Jepun: Singkir Zii Jia dan Shi Yuqi sebelum ke final, Alex Lanier kini bergelar juara

Astro Arena
Ogos 25, 2024 13:47 MYT
Pemain berusia 19 tahun itu mencipta sensasi apabila mengatasi pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dalam aksi pusingan pertama. - Stadium Astro
PEMAIN perseorangan Perancis, Alex Lanier mencipta kejutan dalam dunia badminton apabila muncul juara Terbuka Jepun di Yokohama Arena, hari ini.
Pemain berusia 19 tahun itu mencipta sensasi apabila mengatasi pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dalam aksi pusingan pertama.
Dia meneruskan rentak cemerlang di suku akhir apabila mengatasi Kenta Nishimoto sebelum membuktikan penampilannya di Kejohanan Siri Super 750 ini susulan menyingkirkan pemain nombor satu dunia, Shi Yuqi untuk memburu gelaran.
Bertemu wakil Chinese Taipei, Chou Tien Chen, Lanier mempamerkan permainan pantas serta pukulan smash kencang untuk memburu mata.
Selepas bertarung selama satu jam dan sembilan Lanier menoktahkan kemenangan 21-17, 22-20 sekali gus muncul juara. -- Stadium Astro
#badminton terbuka Jepun #Alex Lanier #muncul juara #cipta kejutan #Lee Zii Jia