Terbuka Itali, Tersingkir awal, Serena bakal sertai saingan di Parma

Astro Arena
Mei 14, 2021 11:15 MYT
Serena Williams ketika beraksi menentang Nadia Podoroska dalam kejohanan tenis Terbuka Itali, di Rome, 12 Mei, 2021. (Foto AP)
SERENA Williams akan beraksi dalam Terbuka Emilia-Romagna minggu hadapan berikutan penyingkiran awal di Rome, Patrick Mouratoglou mengesahkannya.
Wakil Amerika Syarikat itu tewas 7-6 (8-6), 7-5 kepada Nadia Podoroska dalam perlawanannya yang ke-1000 sepanjang karier dalam saingan Internazionali BNL d'Italia semalam.
Williams, diberikan bye dalam pusingan kedua di Foro Italico, beraksi kali pertama sejak tewas kepada Naomi Osaka dalam separuh akhir Terbuka Australia tiga bulan lalu.
Dengan Terbuka Perancis bakal bermula hujung bulan ini, Williams menerima wildcard bagi mendapatkan lebih masa beraksi di gelanggang tanah liat di Parma.
Mouratoglou, bekas jurulatih pemain nombor satu dunia itu, berkata, "Perubahan rancangan: Serena tidak lama tidak beraksi, dan kami mahu mendapatkan sebanyak mungkin perlawanan sebelum Roland-Garros -- jadi kami menambahkan Terbuka Emilia-Romagna dalam jadual kami.
"Kami akan kembali beraksi minggu hadapan."
#Serena Williams #Terbuka Emilia-Romagna #penyingkiran awal #Patrick Mouratoglou #Rome #Nadia Podoroska #wildcard #jurulatih #Terbuka Perancis
;