Terbuka Indonesia: Zulfadli Zulkiffli beri tentangan hebat kepada Lin Dan
Astro Arena
Jun 1, 2016 18:36 MYT
Jun 1, 2016 18:36 MYT
Pemain perseorangan profesional negara, Zulfadli Zulkiffli, memberi tentangan hebat kepada jaguh China, Lin Dan, sebelum tewas dalam saingan Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia sebentar tadi.
Zulfadli melakar kejutan dalam set pertama apabila menang 21-16, namun Lin Dan mula bangkit dan merampas kemenangan dalam set kedua.
Beraksi di rubber set, Zulfadli cuba bangkit tetapi belum cukup untuk mengatasi pemenang pingat emas Olimpik London dan Beijing itu.
Zulfadli tewas, 16-21 dalam perlawanan yang memakan masa lebih sejam.
Dalam pada itu, seorang lagi perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, turut tersingkir apabila tewas kepada pemain no.10 dunia, Marc Zwiebler.
Wakil Jerman itu nyata bukan lawan mudah buat Iskandar yang tewas 10-21, 19-21.