Terbuka Indonesia: Zii Jia tersingkir, Axelsen layak ke final
Astro Awani
Jun 18, 2022 19:49 MYT
Jun 18, 2022 19:49 MYT
KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak dapat mengesahkan kemaraan ke peringkat final selepas ditewaskan pemain nombor satu dunia dari Denmark, Viktor Axelsen dalam aksi separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2022 di Jakarta sebentar tadi.
Dalam pertemuan di Stadium Istora Senayan itu, Axelsen dilihat bekerja keras dalam mengekalkan momentum sebelum menoktahkan kemenangan 19-21, 21-11, 23-21.
Hasil kejayaan tersebut, Axelsen bakal berdepan pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir antara Zhao Jun Peng dari China dan Prannoy H.S dari India dalam penentuan ke final.
Zii Jia yang sebelum ini merangkul gelaran juara Terbuka Thailand mengalahkan pemain Singapura, Loh Kean Yew dalam aksi suku akhir penuh dramatik dengan kemenangan 21-18, 16-21, 22-20.
Axelsen sebelum ini menewaskan Anthony Sinisuka Ginting selaku wakil tuan rumah dalam aksi separuh akhir dengan kemenangan 21-13, 19-21, 21-9 dalam aksi selama 1 jam 7 minit.