Terbuka Indonesia: Vivian-Khe Wei singkir beregu nombor dua dunia
Astro Arena
Jun 2, 2016 18:06 MYT
Jun 2, 2016 18:06 MYT
Beregu wanita negara, Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei menggegar Terbuka Indonesia dengan melakar kejutan ke atas pasangan nombor dua dunia yang juga peserta tuan rumah, Nitya Krishinda Maheswari-Greysia Polii dengan kemenangan 21-17, 21-19.
Kemenangan itu memadam kekecewaan mereka yang gagal menamatkan permainan ketika menghadapi lawan yang sama di Kejohanan Asia 2016, April lalu.
Selepas mendominasi set pertama, Vivian-Khe Wei tidak diberi laluan mudah pada set berikutnya, namun tetap berjaya mengakhiri pertarungan dengan kemenangan straight set.
Mereka akan berdepan pemenang pertemuan di antara Anggia Shitta Awanda-Ni Ketut Mahadewi Istirani atau pilihan keenam dari Korea Selatan, Jung Kyung-eun-Shin Seung-chan di peringkat suku akhir esok.