Terbuka Indonesia: Aaron, Wooi Yik kandas di separuh akhir

Astro Awani
Jun 18, 2022 20:50 MYT
Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa akur kandas di peringkat separuh akhir Terbuka Indonesia. Facebook / Badminton Association of Malaysia - BAM
JAKARTA: Beregu utama lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa akur kandas di peringkat separuh akhir Terbuka Indonesia, hari ini.
Mereka tewas kepada beregu China, Liu Yu Cheng-Ou Xuan Yi menerusi straight set 21-18 dan 21-13.
Biarpun memberi tentangan, namun beberapa kesilapan mudah memberi kemenangan kepada beregu lawan dalam tempoh kurang 40 minit.
Terdahulu, jaguh perseorangan utama negara, Lee Zii Jia juga tewas di tangan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen di separuh akhir.
Pasangan Yu Chen- Xuan Yi akan bertemu dengan pemenang antara wakil Korea Selatan Choi Sol Gyu-Kim Won Ho dan beregu Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen di final, esok.
#Aaron Chia #Soh Wooi Yik #Terbuka Indonesia #China
;