Terbuka India: Sze Fei-Nur Izzuddin pamer aksi memukau untuk bergelar juara
Astro Arena
Januari 19, 2025 18:56 MYT
Januari 19, 2025 18:56 MYT
BEREGU lelaki nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, mempamerkan aksi memukau ketika menewaskan lawan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, untuk bergelar juara Kejohanan Badminton Terbuka India di New Delhi sebentar tadi.
Gandingan nombor dua dunia itu menguasai penuh pertarungan dalam set pertama, di mana mereka tidak pernah ketinggalan sejak dari awal sebelum meraih empat mata berturut-turut untuk mencatatkan kemenangan 21-15.
Bagaimanapun, skrip berkenaan seakan-akan terbalik dalam set berikutnya untuk Won Ho dan Seung Jae pula menguasai permainan sebelum mudah mencatatkan kemenangan 21-13 bagi mengheret aksi ke set ketiga.
Aksi kian sengit dalam set penentuan tetapi Sze Fei dan Izzuddin jelas lebih unggul untuk menewaskan juara Terbuka Malaysia itu 21-16 selepas secara keseluruhan bertarung selama 53 minit. -- Stadium Astro
#Goh Sze Fei-Niur Izzuddin Rumsani
#Badminton Terbuka India
#muncul juara
#kalahkan pasangan Korea Selatan
#terkini