Terbuka India: Pearly-Thinaah bermandi peluh sebelum ke separuh akhir

Astro Arena
Januari 17, 2025 18:35 MYT
Pasangan negara itu akan menantikan pemenang di antara dua beregu Korea Selatan, Kim Hye Heong-Kong Hee Yong dan Baek Ha Na-Lee So Hee, bagi penentuan ke final esok. - Stadium Astro
BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah, dipaksa bermandi peluh sebelum mengesahkan tempat dalam separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India dengan menewaskan gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto, di New Delhi hari ini.
Kedua-dua beregu saling berkejaran mata sejak dari awal set pertama tetapi selepas kedudukan terikat 16-16, Pearly dan Thinaah tidak lagi melihat ke belakang untuk mencatatkan kemenangan 21-18.
Pearly dan Thinaah kemudian mendahului 7-2 pada awal set kedua tetapi mereka sekali lagi membenarkan lawan mengejar pada pertengahan saingan sebelum kembali mendapatkan rentak untuk mencatatkan kemenangan 21-19 selepas secara keseluruhan bertarung selama 57 minit.
Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara dua beregu Korea Selatan, Kim Hye Heong-Kong Hee Yong dan Baek Ha Na-Lee So Hee, bagi penentuan ke final esok. -- Stadium Astro
#Pearly Tan-M Thinaah #Badminton Terbuka India #mara ke separuh akhir #tewaskan pasangan Jepun
;