Terbuka Hong Kong: Sze Fei-Izzuddin kandas di pusingan 16, tewas kepada Shohibul Fikri-Daniel Marthin

Astro Arena
September 12, 2024 10:50 MYT
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (gambar) tewas kepada Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin dalam Terbuka Hong Kong di Hong Kong Coliseum, hari ini. - Foto Astro ARENA
JUARA Terbuka Jepun 2024, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, terkandas di pusingan ke-16 selepas ditewaskan oleh gandingan ranking ke-103 dunia, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin, dalam Terbuka Hong Kong di Hong Kong Coliseum, sebentar tadi.
Pertemuan kali pertama di antara kedua-dua pasangan itu menyaksikan wakil Indonesia melakar kebangkitan untuk meneruskan ke peringkat suku akhir pada esok.
Pilihan kelima kejohanan itu terlebih dahulu berada di hadapan 21-16 sebelum Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin mengheret permainan ke set penentuan selepas berjaya memenangi set kedua 21-19.
Momentum tersebut tampak semakin meningkat apabila beregu Indonesia itu tidak melepaskan peluang untuk mengikat kedudukan 9-9 sebelum memenangi aksi itu 21-13 dalam tempoh 60 minit.

RESULTS: #HongKongOpen2024 R16#INA Shohibul Fikri-Daniel Marthin def. #MAS Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani(5) 16-21 21-19 21-13 1h 0m @badmintonphoto#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/7QOmcUc14b

— BAM (@BA_Malaysia) September 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #terbuka hong kong #Indonesia #Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
;