Terbuka China: Yew Sin-Ee Yii, Aaron-Wooi Yik berentap di suku akhir
Bernama
September 7, 2023 23:18 MYT
September 7, 2023 23:18 MYT
KUALA LUMPUR: Satu wakil beregu lelaki negara akan beraksi di pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka China selepas dua wakil negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yii dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan membuat perhitungan pada suku akhir, esok.
Ia selepas Yew Sin-Ee Yii menewaskan wakil Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard 21-12, 21-17 sementara Aaron-Wooi Yik menewaskan gandingan tuan rumah, He Ji Ting-Zhou Hao Dong 21-16, 21-17 pada pusingan kedua di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik di Changzhou., hari ini.
Sementara itu, dua beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien dan Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing ditunjukkan jalan keluar pada pusingan apabila tewas pada lawan masing-masing.
Vivian-Chiew Sien tewas di tangan pilihan kedua kejohanan dari Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee 17-21, 14-21 sementara Anna-Mei Xing tewas di tangan wakil Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto 11-21, 18-21.
-- BERNAMA