Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun tumbangkan juara dunia dari Korea Selatan

Bernama
September 19, 2024 15:30 MYT
Wei Chong-Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 hari ini. -X @BAM
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 hari ini.

Ringkasan AI
  • Man Wei Chong-Tee Kai Wun menewaskan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, di pusingan kedua Terbuka China 2024 dengan skor 21-18, 21-19.
  • Mereka akan bertemu pemenang antara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani dan Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King di pusingan suku akhir.
  • Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tewas di pusingan kedua, manakala Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin mara ke suku akhir selepas menewaskan Yap Roy King-Valeree Siow.

Pasangan di ranking ke-13 dunia itu menewaskan lawannya dalam dua set 21-18, 21-19 untuk melangkah ke pusingan suku akhir pada aksi berlangsung di Gimnasium Xincheng, China.

RESULTS: #ChinaOpen2024 R16#MAS Man Wei Chong-Tee Kai Wun def. #KOR Seo Seung Jae-Kang Min Hyuk(3) 21-18 21-19 39m @badmintonphoto#GemilangkanLagi #BadmintonMalaysia#DemiMalaysia pic.twitter.com/EUFrYF1cu9

— BAM (@BA_Malaysia) September 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menanti Wei Chong-Kai Wun di pusingan suku akhir esok adalah pemenang aksi melibatkan pasangan negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menentang rakan senegara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King.
"Kami sangat gembira kerana kadangkala kami menang dengan cemerlang, kami kalah dan bangkit kembali.
"Saya rasa komunikasi antara kami lebih baik yang menjadikan prestasi kami bertambah baik semasa perlawanan," kata Wei Chong dalam satu audio yang dikongsi kepada media oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Sementara itu, hasrat pemain beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke suku akhir tidak kesampaian apabila tewas di pusingan kedua hari ini.
Pemenang Terbuka Korea 2024 itu tewas kepada pasangan Indonesia Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanualle Widjaya 15-21, 21-13, 9-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 56 minit.
Menanti Ferdinansyah-Gloria di suku akhir ialah pasangan negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang mara selepas menewaskan rakan senegara Yap Roy King-Valeree Siow 21-9, 21-15.
Turut tersingkir di peringkat 16 terbaik membabitkan pasangan beregu campuran profesional negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang tewas kepada gandingan Denmark Jesper Toft-Amalie Magelund 18-21,18-21.
Sementara itu wakil tunggal negara dalam acara beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah turut ditunjuk jalan keluar pada pusingan kedua apabila tewas kepada wakil tuan rumah Li Yi Jing-Luo Xu Min 16-21, 18-21.
-- BERNAMA
#Man Wei Chong-Tee Kai Wun #Terbuka China 2024 #Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani #Terbuka Korea 2024
;